Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Pembangkang dicabar untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri semasa sesi Dewan Rakyat bulan depan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatannya.
“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil.
“Kalau nak suruh turun, bawa usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat pada Oktober ini,”
Sebelum ini beberapa media melaporkan pada Muktamar Tahunan Pas ke- 70 beberapa perwakilan dan pimpinan parti itu menuntut Presiden PKR itu meletak jawatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.