Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Dalam hantaran di media sosial miliknya, beliau turut mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan.
“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim Zainuddin setibanya di Lima, Peru.
“Salam takziah buat keluarga Allahyarham.
“Kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan beliau kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan. Al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun.
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.21 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tun Daim Zainuddin meninggal dunia
- Hospital Assunta jadi tumpuan susulan kematian Tun Daim
- [VIDEO] Jenazah Tun Daim dibawa ke kediaman
- Tun Daim meninggal dunia
- Tun Daim meninggal: Menteri, Ahli Parlimen rakam takziah
- Kerajaan rakam takziah atas pemergian Tun Daim – Fahmi
- ‘Saya hilang sahabat seperjuangan’ – Tun Mahathir
- Belasungkawa: Tun Daim akan dikenang sebagai bekas ahli korporat, pemimpin tersohor negara
- Tun Daim meninggal dunia: Keluarga, kenalan beri penghormatan terakhir
- PM ucap takziah kepada keluarga Tun Daim