comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham M Daud Kilau

Melalui hantaran dalam Facebooknya, Anwar berterima kasih kepada Allahyarham M Daud kerana menghiburkan masyarakat Malaysia dan menyifatkan seniman digelar Raja Gelek itu sebagai permata tanah air. FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bintang legenda, Allahyarham Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI), Teluk Intan, petang semalam.

Melalui hantaran dalam media sosial rasminya, Anwar berterima kasih kepada Allahyarham M Daud kerana menghiburkan rakyat Malaysia dan menyifatkan seniman digelar Raja Gelek itu sebagai permata tanah air.

“Saya utus takziah buat keluarga almarhum Datuk M Daud Kilau yang melaporkan Allahyarham telah kembali dijemput Ilahi, semalam.

“Mendoakan Allahyarham diampuni rohnya dan diberi tempat yang terbaik di sisi-Nya. Semoga Allah SWT kurniakan kesabaran tingkat tinggi kepada keluarganya.

“Terima kasih kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air,” katanya.

Bintang legenda digelar Raja Gelek, M Daud, 85, menghembuskan nafas terakhir di HTI, Teluk Intan, pada jam 4.40 petang semalam.

Berita pemergian Allahyarham M Daud yang terkenal dengan imej unik dan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek, dikongsi cucunya dikenali sebagai Hasnor Ikram melalui Instagram Story (IGs).

“Datuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi… Al-Fatihah,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini