comscore
Tumpuan :
Nasional

PM ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Jaafar Onn

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bintang veteran, Allahyarham Jaafar Onn, 73, atas pemergian seniman serba boleh itu, hari ini.

Melalui hantaran Facebook (FB), Perdana Menteri menyifatkan pemergian Allahyarham Jaafar memberi impak yang cukup besar buat industri kreatif berikutan bakat unik dan tersendiri.

“Takziah kepada keluarga tokoh penghibur tanah air Allahyarham Jaafar Onn Awang yang telah menyahut panggilan Ilahi, hari ini.

“Kepada kita yang mengikuti dunia hiburan, pasti terkesan dengan berita ini tatkala Allahyarham Jaafar sentiasa menghiburkan masyarakat dengan bakatnya yang unik dan tersendiri dalam bidang lakonan dan muzik,” katanya.

Melalui perkongsian sama, Anwar turut mendoakan Allahyarham Jaafar diberi keampunan Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

“Mendoakan rohnya diberi keampunan Yang Maha Esa dan urusan keluarganya dipermudah… Insya-Allah.” katanya.

Allahyarham Jaafar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham diurus di Hospital Sultan Idris Shah Serdang sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarganya untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini