Tumpuan :
Nasional

PM ucap tahniah kepada Presiden baharu Sri Lanka

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  hari ini mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

“Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat,” katanya dalam catatan Facebook.

Dissanayake pemimpin People’s Liberation Front (JVP) dan perikatan National People’s Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo pagi ini, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu.

Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, mencerminkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini