KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar menzahirkan penghargaan di atas sumbangan dan pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh pasukan keselamatan itu dalam melindungi kedaulatan negara.
“Salut saya buat mereka atas keringat yang dicurahkan dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan pertiwi.
“Jasa dan pengorbanan para pejuang sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah pergi meninggalkan kita akan sentiasa dikenang buat selama-lamanyanya. Terima kasih di atas sumbangan kalian kepada negara tercinta ini,” menurut hantaran itu.
Justeru, tarikh 31 Julai setiap tahun diisytihar sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat menentang komunis pada 1960.