comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Tiba Di New York, Lawatan Kerja Ke PBB Bermula

Oleh Zainal Za’aim Zainal Ratin

NEW YORK: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di New York, Amerika Syarikat bagi memulakan lawatan kerja ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB ke-77.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy pada 4:10 pagi waktu tempatan.

Hadir menyambut ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri adalah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin.

Beliau kemudian disambut di hotel penginapan oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan dan media Malaysia.

Dalam rangka lawatan kerja tiga hari, Datuk Seri Ismail Sabri akan menyampaikan kenyataan negara di Persidangan PBB ke-77 selain daripada mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Beliau juga akan menjadi hos bagi majlis makan malam bersama Keluarga Malaysia di New York.

Loading...
Terkini