comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM tiba di Kelantan lawat mangsa banjir

PASIR MAS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kelantan jam 1 tengah hari tadi untuk meninjau situasi banjir di negeri ini.

Beliau dijadual melawat tiga lokasi iaitu Jambatan Lubok Jong sebelum ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Repek.

FOTO: Mohd Nassuruddin Haji Daud / Facebook

Perdana Menteri kemudian akan melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati sebelum bertolak pulang.

PPS SMKA Lati menempatkan 708 mangsa membabitkan 222 keluarga manakala PPS SK Sri Kiambang menempatkan 629 orang membabitkan 197 keluarga.

Hingga jam 12.30 tengah hari tadi, seramai 21,414 mangsa banjir di Kelantan membabitkan 6,491 keluarga berlindung di 58 PPS.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini