KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan kerja selama dua hari ke Belgium.
Ia bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan juga dengan Kesatuan Eropah (EU).
“Jadual padat saya antaranya mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Kerajaan Sementara Belgium, Alexander De Croo dan juga pertemuan dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa selain menyampaikan ucapan khas di College of Europe.
“Insya-Allah, segala ruang dan platform yang ada ini akan saya gunakan seluas-luasnya bagi membawa suara Malaysia yang juga kini Pengerusi ASEAN terkait kerjasama, sinergi pelaburan dan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa,” menurut Perdana Menteri dalam laman sosial Facebook.
Sebelum ini, Anwar berada di London, United Kingdom (UK) bagi lawatan kerja lima hari.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.