comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM terima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh

 

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023), hari ini.

Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau berkata, bintang Hollywood kelahiran Malaysia berusia 61 tahun itu mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya, terutama untuk mencapai kejayaannya hari ini.

FOTO: NSTP

Tambah Datuk Seri Anwar, seniwati itu juga turut menitip pesan bahawa kejayaan merangkul anugerah Oscar itu cukup bermakna buat dirinya, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, pencapaian Yeoh itu juga berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

FOTO: NSTP

Dalam hantaran berkenaan, beliau turut mendoakan kejayaan tokoh budayawan itu agar terus maju jaya dan memperoleh kejayaan.

Yeoh, anak jati Ipoh, Perak, mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an.

Minggu lalu, Yeoh dilaporkan sudah kembali ke Malaysia dan menunjukkan kepada ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, trofi Oscar dimenanginya itu.

Yeoh dilaporkan sangat gembira dapat berkongsi trofi itu dengan insan tersayang itu yang disifatkan tunjang terpenting kejayaannya sehingga sekarang.

Loading...
Terkini