comscore
Tumpuan :
Nasional

PM terima kunjungan hormat wakil masyarakat Orang Asli di Parlimen

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil masyarakat Orang Asli yang diketuai Ahli Dewan Negara, Senator Manolan Mohamad di Parlimen.

Anwar menerusi hantaran di laman sosial rasmi beliau berkata kunjungan hormat itu disertai wakil Persatuan Orang Asli Perak, Persatuan Pembangunan Orang Asli Malaysia, Persatuan Semelai Pahang, Jaringan Orang Asli Pahang, Koperasi Asal Orang Asli Selangor Berhad dan Jaringan Orang Asli Semalaysia.

“Perbincangan kami menyentuh pelbagai perkara khususnya tentang isu sosioekonomi masyarakat Orang Asli dan usaha bagi meningkatkan keterlibatan masyarakat dalam bidang pendidikan dan peluang anak Orang Asli bagi menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan,” katanya.

Anwar berkata pada sesi kunjungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masyarakat tersebut. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini