Tumpuan :
Nasional

PM terima kunjungan hormat 16 perwakilan Malaysia ke luar negara

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat 16 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Anwar berkata sepanjang perjumpaan, beliau sempat bertukar pandangan mengenai dasar dan hala tuju kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

“Saya juga telah berkongsi aspirasi dan perspektif berkenaan isu-isu domestik yang menjadi keutamaan kerajaan buat masa ini.

“Terutamanya setelah Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan pada 13 Oktober 2023,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada perwakilan yang telah dilantik.

“Semoga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, Insya-Allah,” tambahnya.

Loading...
Terkini