comscore
Tumpuan :
Nasional

PM terima Darjah Kebesaran Kelantan

Foto Ihsan Istana Negeri Kelantan

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), hari ini.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian petang tadi.

Anwar turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini