comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Telah Bertemu Agong, Pembubaran Parlimen Dalam Masa Terdekat?

 

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah pun bertemu untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi pembubaran parlimen.

Difahamkan pertemuan bersama Baginda dibuat selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan hari ini.

Menurut sumber, pembubaran Parlimen itu mungkin seawal esok.

Difahamkan, Perdana Menteri akan hadir sempena keberangkatan Tuanku Baginda dan Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi lawatan khas ke London bermula esok hingga 16 Oktober ini.

Tindakan Datuk Seri Ismail Sabri memberi petunjuk bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dibuat dalam masa terdekat.

Loading...
Terkini