![](https://media.buletintv3.my/2025/02/BTV3-NEW-22.jpg)
AMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama lebih 200 jemaah di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati di sini.
Beliau tiba kira-kira jam 1.40 petang disambut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.
Selesai menunaikan solat, beliau kemudiannya menikmati makan tengah hari bersama rakyat di Medan Selera Anjung, Taman Melawati.
Beliau yang tiba kira-kira jam 2.40 petang itu disambut meriah lebih 300 penduduk sekitar.
Anwar sempat meluangkan masa beramah mesra bersama penduduk sebelum beredar bagi program seterusnya di Batu Caves.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.