comscore
Tumpuan :
Nasional

PM solat Jumaat di Masjid Al-Umm

 

Oleh: Juliana Sharin

BANGI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba di masjid berkenaan pada jam 1.30 petang disambut pengurusan masjid serta jemaah.

Datuk Seri Anwar bersama hampir 1,000 jemaah seterusnya mendengar khutbah bertajuk Ibadah Haji dan Aidiladha Kemuncak Zikrullah, yang disampaikan Imam I masjid berkenaan Mohd Rahmat Abdul Haliff.

Beliau sebelum itu makan tengah hari di Restoran De’Salai Bangi Station.

Ketibaan beliau di restoran berkenaan kira-kira jaml 12.30 tengah hari disambut orang ramai yang berada di sekitar premis berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini