comscore
Tumpuan :
Nasional

PM solat Jumaat bersama Ustaz Abdul Somad di Seri Kembangan

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira dua ribu jemaah termasuk penceramah terkemuka, Ustaz Abdul Somad menunaikan solat Jumaat di Surau Nurul Ikhlas, Bandar Putera Perdana.

Beliau tiba kira-kira jam 1.20 tengah hari tadi disambut ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Datuk Seri Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Hijrah Suatu Kemerdekaan’ yang disampaikan oleh Imam Akram Kamal.

Usai solat Jumaat, Datuk Seri Anwar sempat beramah mesra dengan pengurusan masjid dan kariah serta orang ramai, sebelum beredar.

Terdahulu, beliau sempat menyantuni penduduk setempat dan menjamu selera di Restoran Singgah Rasa di kawasan berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini