comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sifatkan pelaksanaan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari membanggakan

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pelaksanaan Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari buat kali kedua di Malaysia amat membanggakan.

Beliau turut menyeru Malaysia dikenali sebagai negara Madani yang gigih memacu pertumbuhan serta menghidupkan penghayatan roh Islam.

“Tahun lalu kita mulakan dengan sederhana, tahun ini, Alhamdulillah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), daripada badan lain serta ulama’ kita saksikan kejayaan yang sangat membanggakan.

“Kemajuan, pembangunan, kemampanan termasuk dalam negara Madani ini mesti berteraskan nilai dan akhlak,” katanya.

Beliau berucap demikian di Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 di Masjid Putra, Putrajaya, tadi.

Kira-kira 10,000 peserta dianggarkan hadir pada Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih al-Bukhari termasuk penyertaan dari luar negara.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Foto ihsan JAKIM

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih pada ulama seluruh dunia yang hadir menyemarakkan majlis berkenaan.

Majlis Khatam Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 merupakan kemuncak penganjuran Majlis Sama’ Hadith Sahih Al-Bukhari Peringkat Antarabangsa yang telah bermula pada 10 hingga 21 November 2024 di Masjid Putra, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan sesi bacaan Yasin dan solat hajat selepas solat Isya’, kemudian diserikan dengan syarahan perdana dan pengijazahan Sahih al-Bukhari oleh Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad al-Malibari, Mufti Besar India.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini