Tumpuan :
Nasional

PM sasar kerjasama Malaysia-Cuba sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Cuba, Bruno Eduardo Rodriguez Parrilla, semalam.

Petemuan empat mata itu bagi mengkaji peluang kerjasama yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.

Anwar menerusi hantaran di Facebook pada malam tadi memaklumkan bahawa pertemuan itu diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Cuba yang bermula pada 6 Februari 1975.

“Kami berbincang mengenai potensi kerjasama dalam industri halal, kesihatan, pelaburan, perdagangan, serta kerjasama dalam ASEAN, BRICS, dan perkembangan di Gaza,” ujarnya.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengundang Presiden Cuba, Miguel Díaz-Canel, untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia bagi memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik yang telah terjalin antara Malaysia dan Cuba.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

 

Parrilla berada di Malaysia untuk lawatan rasmi selama empat hari, bermula pada Rabu lalu hingga hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini