Tumpuan :
Nasional

PM sampaikan amanat Tahun Baharu malam esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu yang boleh diikuti menerusi semua saluran media tempatan dan platform media sosial pada pukul 9 malam esok.

“Insya-Allah, esok saya akan menyampaikan Amanat Tahun Baharu untuk menyoroti usaha dan pencapaian sepanjang tahun ini, di samping menggariskan matlamat serta hala tuju negara bagi tahun 2025.

“Semoga usaha dan khidmat yang direncana ini akan terus melimpahkan rahmat kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam ini.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini