KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepada Binnammal A/P Kuttan, 85, warga emas yang tabah menghadapi cabaran hidup meskipun menghidap darah tinggi, kencing manis, dan mengalami bengkak kaki akibat komplikasi kesihatan.
Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, di kediaman Binnammal di Semambu, Kuantan, Pahang, dalam program Ziarah MADANI baru-baru ini.
“Saya mendengar kisahnya, memahami kesulitan yang dihadapi, dan menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan,” kata Ahmad Farhan menerusi hantaran di Facebook malam ini, yang turut dikongsikan Anwar.
Beliau turut mendoakan agar Binnammal terus dikurniakan kesihatan dan kekuatan menghadapi hari-hari mendatang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.