KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada seorang pesakit kanser payudara tahap empat.
Ia bagi meringankan beban Chai Pau Chin yang menetap di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Sumbangan wang tunai, limau mandarin serta bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Chai serta keluarganya.
“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” menurut hantaran di laman sosial Facebook.
Ziarah turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu, Chan Chun Kuang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.