comscore
Tumpuan :
Nasional

PM Optimis Malaysia-Qatar Mampu Bangunkan Strategi Sekuriti Makanan

PUTRAJAYA: Malaysia optimis untuk membangunkan strategi sekuriti makanan dengan Qatar seperti kerjasama antara Baladna Food Industries dan FGV Holdings dalam pembangunan ladang lembu tenusu di Chuping, Perlis dan juga di Pahang tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia juga menyambut baik potensi kerjasama dengan negara Asia Barat itu dalam bahagian tenaga,minyak dan gas serta sektor perumahan dan pembangunan infrastruktur.

“Saya menerima kunjungan TYT Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani, Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar di pejabat pada pagi ini. Pertemuan ini susulan daripada lawatan rasmi pertama saya ke Qatar pada Mac yang lalu. Saya percaya Malaysia dan Qatar mampu membangunkan strategi sekuriti makanan tidak lama lagi, katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan USD50 juta melalui Dana Qatar untuk Pembangunan (QFFD) bagi kebajikan pelarian Rohingya di Malaysia, terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan dan ucapan tahniah sebagai tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia 2022.

Perbincangan yang diadakan hari ini diharap mampu meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan merangka hala tuju mengenai pelbagai isu kepentingan bersama.

Loading...
Terkini