Tumpuan :
Nasional

PM menghadap Sultan Mizan

FOTO : Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau menjunjung kasih kepada Sultan Mizan atas perkenan baginda menerima beliau menghadap tengah hari tadi.

Perdana Menteri berkata pada sesi menghadap itu, beliau menyembah maklum perkembangan terkini berhubung pembangunan negara dan negeri Terengganu kepada baginda.

FOTO : Anwar Ibrahim / Facebook

Datuk Seri Anwar turut mendoakan semoga Sultan Mizan serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Ia adalah kali kedua Datuk Seri Anwar menghadap Sultan Mizan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November tahun lalu.

Kali pertama adalah pada 12 Januari lalu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Loading...
Terkini