KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu hari ini.
Kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat masuk ke perkarangan Istana Syarqiyyah pada 2.30 petang dan meninggalkan istana kira-kira sejam kemudian.
Sesi menghadap Sultan Mizan itu dibuat selepas Anwar melancarkan jentera perpaduan peringkat negeri Terengganu sempena Jelajah Perpaduan Madani di Sekolah Kebangsaan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu tengah hari tadi.
Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Selepas sesi menghadap itu, Anwar dijadual melancarkan Program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Mukhtafi Billah Shah di Dungun.