KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa dalam lawatan kerja ke Belgium.
Pertemuan itu disifatkan beliau membuka seluas-luasnya peranan yang boleh dimainkan secara bersama antara Malaysia dan Majlis Eropah dalam mencorak sinergi kepelbagaian budaya, kesatuan dan kebersamaan merentasi benua seluruh dunia.
“Khususnya membentuk persefahaman terkait soal keamanan dan hak asasi manusia membabitkan soal gencatan senjata di Gaza dan Ukraine.
“Di bangunan yang sama, saya turut bertemu dengan Wakil Tinggi untuk Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan / Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas lantas bertukar pandangan mengenai soal demokrasi, perihal kemasyarakatan, pelaburan, perdagangan dan kecerdasan buatan,” katanya di laman social Facebook.
Perdana Menteri berada di Brussels bagi lawatan kerja dua hari sejak semalam.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.