Oleh Nurul Amalina Zainudin
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM 1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA.
“Saya diminta umumkan tentang Tabung Kasih@HAWANA, untuk menjayakan Tabung Kasih@HAWANA ini bagi permulaan saya luluskan RM 1 juta,” katanya ketika berucap pada kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang berlangsung di Ipoh, Perak, tadi.
Dana itu bagi menggerakkan usaha membantu wartawan veteran dan bekas pengamal media yang berdepan dengan keuzuran dan kesukaran dalam hidup.
Majlis sambutan hari ini menyaksikan bantuan Tabung Kasih@HAWANA kepada tiga penerima terdiri daripada wartawan veteran yang menghadapi masalah daripada aspek kesihatan dan kesukaran hidup.
HAWANA 2023 yang bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi” membuka tirainya semalam dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sehingga esok.