comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PM lulus RM 1 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk FELDA

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SERDANG: Peruntukan awal sehingga RM1 bilion diluluskan kerajaan bagi tempoh 10 tahun untuk menjamin kelangsungan Felda.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, peruntukan itu bagi meneruskan pembayaran sukuk Felda yang tertangguh oleh kerajaan sebelum ini.

“Saya dengan dukungan timbalan-timbalan perdana menteri, dan Jemaah Menteri menyatakan di sini…saya luluskan dana hampir RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada Felda.”

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

“(Ini bagi) jamin kelangsungan institusi gergasi (Felda) negara kita,”

Tambahnya juga kerajaan meluluskan projek pemasangan lampu jalan seluruh kawasan Felda.

Katanya, peruntukan mula disalur minggu depan.

Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM7.7 juta setahun kos operasi, penyelenggaraan lampu jalan di kawasan Felda.

Loading...
Terkini