comscore
Tumpuan :
Nasional

PM lawat jambatan Lubok Jong tinjau Sg Lemal

PASIR MAS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Jambatan Lubok Jong di sini untuk meninjau paras sungai di kawasan itu yang sebelum ini melimpah namun kini semakin surut.

Difahamkan Sungai Lemal di Lubok Jong itu surut lebih 1.5 meter .

Benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pecah akibat arus deras pada Selasa.

Perdana Menteri tiba di jambatan itu jam 1.17 tengah hari tadi dan sempat melambaikan tangan kepada penduduk yang menunggu sejak pagi menanti kehadiran beliau.

Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit mendengar taklimat banjir dari petugas Angkatan Pertahanan Awam Kota Bharu dan Pasir Mas.

Turut sama Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Hadir sama Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus.

Untuk rekod Sungai Lemal menerima limpahan air dari Tasik Danau Tok Uban yang kemudian mengalir ke Sungai Golok.

Pembinaan PLSB menyebabkan benteng di Kampung Lanchang pecah akibat arus deras dua hari lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah sebelum ini berkata, benteng berkenaan pecah membabitkan kelebaran 20 meter.

Beliau menambah, pihaknya mendapat maklumat benteng projek PLSB itu pecah pagi semalam akibat paras air Sungai Golok terlalu tinggi.

Benteng berkenaan hanya ketinggian kira-kira 10 meter (m), manakala air Sungai Golok semalam mencecah 11.03 m.

Terdahulu, paras air Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 m.

Paras air Sungai Golok setakat ini paling tinggi pernah direkodkan ialah 10.84 m pada tahun 2014.

Perdana Menteri turut dijadual melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara, PPS di SK Sri Kiambang Kampung Perek dan SMK Kampung Banggol Manok, Pasir Mas petang ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini