Tumpuan :
Nasional

PM jumpa pengurusan ADIA, antara dana kekayaan terbesar dunia

Oleh: Mohd Redzuan Bin Abdul Manap

ABU DHABI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan jadual padat sempena lawatan kerja ke Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Urusan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA), Sheikh Hamed bin Zayed Al Nahyan.

ADIA adalah salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan anggaran aset bernilai lebih USD 1 trilion.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta pengurusan Khazanah Nasional dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Ditubuhkan pada tahun 1976, ADIA berperanan dalam mengurus dan melaburkan lebihan hasil minyak Abu Dhabi bagi menjamin kestabilan ekonomi jangka panjang serta menyokong pertumbuhan negara itu.

ADIA mengekalkan portfolio pelaburan yang pelbagai merentasi lebih 50 negara, dengan matlamat mengurangkan risiko dan memastikan pulangan yang mampan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini