Oleh: Mohd Redzuan Abdul Manap
ABU DHABI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar, Mohamed Jameel Al Ramahi sempena lawatan kerja ke Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Masdar merupakan syarikat tenaga bersih dan pembangunan mampan yang berpusat di UAE.
Hadir sama dalam pertemuan itu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Ditubuhkan pada tahun 2006, Masdar adalah anak syarikat Mubadala Investment Company yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Abu Dhabi.
Masdar memainkan peranan penting dalam menyokong UAE untuk mencapai matlamat tenaga bersih serta menyumbang kepada agenda pembangunan mampan global.
Syarikat berkenaan memberi tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui, pembangunan bandar mampan dan inovasi teknologi hijau.
Dengan kepakaran dalam sektor tenaga bersih dan pembangunan lestari, Masdar telah melaksanakan projek di lebih 40 negara merentasi enam benua dengan kapasiti gabungan melebihi 31.5 gigawatt.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.