Oleh: Syafiqah Damanhuri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menunaikan solat jenazah ghaib buat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Masjid Negara.
Beliau menyertai kira-kira 2,000 jemaah menunaikan ibadah itu usai solat Jumaat.
Ia sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin, dalam menentang kezaliman rejim zionis.
Datuk Seri Anwar bersama jemaah turut mendengar khutbah khas sempena Hari Pahlawan bertajuk ‘Perjuangan Demi Nusa Tercinta’ yang disampaikan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.
Turut hadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Naim Mokhtar dan Yang Di Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Ismail Haniyeh yang juga Bekas Perdana Menteri Palestin terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran, pada Rabu lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.