comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hulur sumbangan kepada Azlee Senario

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Datuk Seri Anwar berkata, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi anggota kumpulan Senario itu di kediamannya hari ini.

“Sebelum ini beliau menerima rawatan di Institut Jantung Negara selepas mengalami serangan jantung di rumahnya.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“Alhamdulillah beliau telah dibenarkan pulang dan kesihatannya bertambah baik. Saudara Farhan turut sampai sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban beliau dan keluarga,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Azlee diberi kesihatan yang baik untuk terus berkarya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini