Tumpuan :
Nasional

PM hargai peranan Jepun dalam pembangunan Malaysia dan Asia Tenggara

Oleh: Halim Mohamed

TOKYO: Malaysia mengiktiraf peranan yang dimainkan Jepun dalam membantu pembangunan Malaysia serta rantau Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen Jepun itu yang dimainkan sejak tahun 1980-an telah menyaksikan banyak pelaburan dan perdagangan dibawa masuk ke Malaysia.

“Hargai persahabatan (Jepun-Malaysia) dan teruja dengan komitmen serta kerjasama luas dalam perdagangan dan pelaburan (di rantau Asia Tenggara).”

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam ucapan alu-aluan pada mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida di Tokyo.

Mesyuarat itu diadakan di luar sesi Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun yang akan mengambil tempat esok.

Turut hadir pada mesyuarat dua hala itu Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan , Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.

Dalam ucapan itu juga, Datuk Seri Anwar sempat berseloroh dengan Kishida mengenai ‘Diplomasi Durian’ yang dikatakan tular sejak gambar Perdana Menteri Jepun itu yang menikmati buah berkenaan tersebar luas ketika mengadakan lawatan kerja ke Malaysia November lalu.

Kedua-dua Perdana Menteri kemudian menyaksikan Pertukaran Nota Pelaksanaan bagi Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan dan Memorandum Kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas, antara  kedua-dua negara.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini