comscore
Tumpuan :
Nasional

PM harap Malaysia lebih bersinar pada masa hadapan

FOTO: NSTP

Oleh: Syafiqah Damanhuri & Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan Malaysia mampu untuk lebih ‘bersinar’ pada masa hadapan sebagai simbolik semangat Deepavali iaitu perayaan cahaya yang menerangi kegelapan.

Dalam ucapannya beliau berkata perjuangan itu perlu dilakukan bersama-sama.

“Kita tahu semangat Deepavali ini Festival of Light iaitu menyemarakkan lampu cahaya menggantikan kegelapan jadi ada sejarahnya yang rakyat Malaysia semua perlu tahu bahawa sambutan ini adalah tujuan dia untuk menyatakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar makan dan minum.

“Tetapi kesejahteraan bersama untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan ke arah keadilan ke arah masa depan yang lebih baik.

“Mudah-mudahan semangat Deepavali ini memberikan ruang kepada kita masyarakat yang beragama Hindu dan lain-lain rakan-rakan untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih gemerlapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir ke acara yang bertempat di Depot Sentul, di sini.

Turut menjadi tumpuan, Anwar mengenakan baju tradisional masyarakat India berwarna coklat, tiba pada jam 11.10 pagi tadi disambut Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Lebih 5,000 masyarakat pelbagai kaum dijangka menghadiri majlis itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini