comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hadiri mesyuarat MTPMA63 di Kota Kinabalu hari ini

Foto: NSTP

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) hari ini.

Mesyuarat diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu yang turut disertai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sesi perbincangan itu turut melibatkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perdana Menteri tiba di SICC pada 2.28 petang selepas selesai menghadiri Karnival Segalanya Felda di Lahad Datu pagi tadi.

Anwar dijadual berlepas pulang ke ibu negara seusai mesyuarat berkenaan yang dijangka berlangsung kira-kira selama dua jam.

Terdahulu Hajiji memberitahu mesyuarat berkenaan antara lain akan membincangkan beberapa isu tertunggak berkaitan MA63 termasuk kadar pemberian khas 40 peratus.

Mesyuarat pertama MTPMA63 diadakan di Kuching 20 Januari tahun lalu, antara persetujuan yang telah dimuktamadkan, isu kadar amaun pemberian khas baharu bagi Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM300 juta mulai 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini