BANDA HILIR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis sambutan Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Banda Hilir, Melaka, malam ini.
Ia diadakan sempena Tahun Melawat Melaka 2024.
Datuk Seri Anwar membacakan watikah pengisytiharan, selain melaungkan ‘Merdeka’, sebagai simbolik perasmian sambutan berkenaan.
Ribuan pengunjung membanjiri lokasi sambutan berkenaan sejak jam 5 petang tadi bagi menyaksikan pelbagai tarikan acara, antaranya perarakan serta teater muzikal.
Laporan lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.