Tumpuan :
Nasional

PM hadir Malam Manifestasi Tiga Seni

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang mengangkat para seniman berbeza latar belakang.

Beliau yang tiba pada jam 8 malam itu disambut meriah kira-kira 1,000 hadirin dalam program itu.

Perdana Menteri turut dipersembahkan dengan puisi khas yang disampaikan Seniman Negara, Datuk Anwar Ridhwan yang bertajuk Air Yang Ku Minum.

Di penghujung acara, beliau turut dihadiahkan lukisan langsung hasil sentuhan Dekan Fakuliti Seni Halus ASWARA, Suzlee Ibrahim berkonsepkan ekspresi abstrak yang juga bertajuk ‘Air Yang Ku Minum’.

Malam Manifestasi Tiga Seni yang berlangsung di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di sini itu menggabungkan acara pameran karya seni, deklamasi puisi dan persembahan muzik melibatkan tujuh seniman visual, tokoh sastera dan penyanyi lagenda Datuk Ramli Sarip.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini