PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa penjawat awam supaya bersikap positif dalam menghidupkan gagasan Malaysia MADANI.
Perdana Menteri berkata, tiada negara yang tidak mempunyai masalah, namun Malaysia membuktikan mampu mencapai pertumbuhan ekonomi dan pelaburan yang baik walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak menentu.
“Semua negara ada (masalah) tapi (pasang) niat (untuk) ke depan, niat dengan keupayaan kita dan bagaimana boleh kita angkat negara ini.
“Pertumbuhan ekonomi dan pelaburan kita terbaik dalam sejarah pada tahun lalu, dan hasil dalam negeri semua bertambah, manakala pengangguran dan inflasi menurun.
“Kita punyai potensi untuk menjadi negara yang gagah dan besar, insya Allah kita berikan komitmen ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Eksekutif Malaysia MADANI Penjawat Awam 2024 di sini, hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.