Tumpuan :
Nasional

PM doa kejayaan skuad kriket wanita negara

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Pasukan kriket wanita bawah 19 (B-19) tahun negara menerima suntikan motivasi daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang aksi getir menentang West Indies di Bayuemas Kriket Oval, esok.

Perlawanan itu menjadi aksi ketiga skuad negara dalam Kumpulan A saingan Piala Dunia Kriket T20 B-19 Wanita selepas tewas dua aksi awal menentang Sri Lanka dan juara bertahan India, sebelum ini.

Malaysia wajib menewaskan West Indies dalam perlawanan terakhir kumpulan itu untuk melayakkan diri ke pusingan Super Enam.

Anwar dalam catatan di laman Facebook mendoakan kejayaan skuad negara dalam perlawanan yang menjadi penentu nasib mereka dalam kejohanan itu.

“Saya mendoakan kejayaan buat skuad kriket wanita kebangsaan bawah 19 tahun yang sedang bersaing dalam Piala Dunia Kriket T20 B-19 Wanita ketika ini.

“Barisan jaguh kita akan turun menentang West Indies di Bayuemas Kriket Oval, Klang pada jam 10.30 pagi esok. Perlawanan ini bakal menentukan kelayakan pasukan kita ke pusingan seterusnya.

“Ayuh Malaysia berikan sokongan padu buat pasukan kriket wanita bawah 19 tahun kita. Doa rakyat Malaysia mengiringi langkah kalian!,” katanya.

Loading...
Terkini