Tumpuan :
Nasional

PM dan Prabowo adakan pertemuan tertutup

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kiri).

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto tiba di Menara Berkembar Petronas sekitar jam 2.26 petang tadi bagi mengadakan pertemuan tertutup.

Pertemuan itu difahamkan bagi membincangkan soal memperkukuh kerjasama dua hala dan isu-isu global melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

Terdahulu, Prabowo serta delegasinya tiba di Malaysia pada jam 5.50 pagi melalui Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Beliau kemudian diberikan istiadat sambutan negara sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim juga berkenan bagi meraikan Presiden Indonesia itu dan delegasinya dengan Majlis Jamuan Negara.

Kehadiran pemimpin itu sempena lawatan rasminya ke Malaysia atas undangan Baginda dan Perdana Menteri.

Selain negara jiran yang mempunyai kerjasama rapat, Malaysia dan Indonesia juga saling mempunyai peranan penting dalam ASEAN yang berkemungkinan juga menjadi sebahagian daripada agenda pertemuan berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini