comscore
Tumpuan :
Nasional

PM bincang tenaga hijau, pelaburan industri pendigitalan dengan JBIC

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Pembangunan tenaga hijau, tenaga boleh diperbaharui dan pasaran tenaga, pembinaan pusat-pusat data serta pelaburan dalam industri pendigitalan antara dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan delegasi Japan Bank for International Cooperation (JBIC) hari ini.

Anwar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat delegasi JBIC yang diketuai Pengerusi JBIC merangkap Penasihat Khas kepada kerajaan Jepun, Tadashi Maeda di Bangunan Parlimen.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

“JBIC telah menyatakan komitmen mereka terhadap usaha meningkatkan pelaburan sedia ada dengan menarik lebih ramai pelabur dari Jepun ke Malaysia. JBIC juga sedang giat mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat tempatan daripada pelbagai industri.

“Saya tekankan kepentingan memperkukuh persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Jepun untuk terus meneroka lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi bagi memastikan kerjasama pelaburan, khususnya dalam sektor tenaga ini direalisasikan demi kepentingan rakyat,” menurut hantaran itu.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Dasar, Tan Sri Mohd Hassan Marican. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini