comscore
Tumpuan :
Nasional

PM berpuas hati kemudahan MRT laluan Putrajaya

Oleh Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan kemudahan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya.

 

“Alhamdulillah baik. Kita ajak rakyat gunakan dulu secara percuma hingga 31 Mac.”

“Kementerian Pengangkutan sedang merangka strategi supaya pengangkutan awam ini menjadi salah satu pengangkutan utama, ” katanya ketika ditemui media selepas menaiki tren dari Depot MRT Serdang ke Stesen MRT Putrajaya Sentral.

Beliau turut meninjau kawasan stesen itu dan bertanyakan soal penyelenggaraan dari segi pengawasan, pengawalan dan kebersihan.

Ujar Datuk Seri Anwar semua itu dikawal dengan baik dan beliau turut meminta pengguna untuk memberikan kerjasama.

Pada majlis sama, Datuk Seri Anwar turut meluangkan masa berswafoto bersama petugas MRT.

Loading...
Terkini