
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Parlimen Malaysia bersama Ahli Parlimen serta jemputan, hari ini.
Sebelum itu, Anwar meluangkan masa meninjau kemeriahan bazar Ramadan di Jalan Kuching, di sini.
Selepas majlis berbuka, Anwar bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Bukit Aman.
“Majlis seperti ini bukan sekadar mengisi waktu berbuka, tetapi juga menjadi ruang untuk kita mengeratkan ukhuwah, memperkukuh perpaduan, dan menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.
Beliau turut menzahirkan harapan agar umat Islam terus istiqamah dalam menghayati Ramadan sebagai madrasah pembinaan kekuatan dalaman serta memperoleh keberkatan Allah SWT.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.