Tumpuan :
Nasional

PM berbuka puasa bersama 500 pengamal media

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) beramah mesra dengan pengamal media yang hadir pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Pekarangan Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan kira-kira 500 pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau tiba kira-kira jam 6.55 petang disambut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan beberapa pengurusan tertinggi RTM.

Anwar kemudiannya meluangkan masa bersalaman bersama pengamal media dari pelbagai agensi sebelum melancarkan Buku Amanat Intergriti dan Tatakelola Malaysia MADANI.

Sebelum berbuka puasa, beliau menyampaikan sumbangan kepada 10 veteran media menerusi Tabung Kasih@HAWANA.

Ia bagi meringankan beban veteran media yang diuji dengan masalah kesihatan selain membantu persiapan menjelang Aidilfitri.

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian TV Media Prima, Nini Yusof, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali, Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Jasbant Singh, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Farahnaz Abdul Karim dan Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Afendi Omar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini