
Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
PUTRAJAYA: Kementerian luar berjaya menggalas tanggungjawab meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bangga dengan komitmen warga Wisma Putra.
Katanya, ia dapat dilihat melalui lawatan rasminya ke luar negara, termasuk ke negara anggota ASEAN, yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam hubungan diplomatik Malaysia.
“Berdasarkan pengalaman saya dalam kunjungan ke luar negara, termasuk ASEAN dan beberapa negara lain, saya melihat prestasi yang bukan sahaja membanggakan saya, tetapi juga negara,” katanya.
Beliau berucap pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri anjuran Kementerian Luar di Putrajaya yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Tambahnya Wisma Putra di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hasan berperanan penting dalam mengukuhkan hubungan diplomasi antara Malaysia dan negara luar.
Pada masa sama, Anwar menyeru supaya umat Islam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Katanya, Ramadan bukan sekadar menahan lapar, tetapi mendidik keikhlasan dan meningkatkan ihsan.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media prima, Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof.
Juga, Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar, Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Jasbant singh serta Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.