Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat satu lagi pengumuman penting esok.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan, ia membabitkan bahan makanan harian.
“Serba sedikit barang yang lazim kita makan seharian. Jadi ada berita baik, tunggu PM.”
Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan pembukaan pasar raya Mydin Mart di Lembah Pantai ibu negara hari ini.
Fahmi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan perkara terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa