comscore
Tumpuan :
Nasional

PM bagi sumbangan pembangunan Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi bergambar bersama pengurusan dan pelajar Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Pahang. – FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan RM50,000 bagi pembangunan Pusat Tahfiz Madrasah Asyraful Madaris di Beserah, Pahang yang menempatkan 120 orang pelajar.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengunjungi pusat tahfiz berkenaan pada semalam.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada anak-anak untuk menuntut ilmu, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini