comscore
Tumpuan :
Nasional

PM bagi amanat semua Ahli Parlimen hadir, jangan ponteng sidang Dewan Rakyat – Mohamad Hasan 

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati semua Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan agar sentiasa hadir dalam Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui media selepas sesi taklimat Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan pra persidangan Dewan Rakyat di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.

“(Sesi taklimat) Untuk esok pagi permulaan Parlimen. Amanat supaya semua orang (Ahli Parlimen) hadir di Parlimen jangan ponteng-ponteng ,” jelasnya secara ringkas.

Terdahulu sesi taklimat yang bermula 4.00 petang itu selesai dua jam kemudian.

Sesi berkenaan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 bermula esok selama 16 hari sehingga 18 Julai ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini