comscore
Tumpuan :
Nasional

PM arah tubuh pasukan khas bagi percepat kelulusan perolehan pasukan keselamatan negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan satu pasukan khas ditubuhkan bagi mempercepatkan kelulusan perolehan membabitkan pasukan keselamatan negara.

Pasukan khas itu akan dipantau oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Saya harap ada satu pasukan khas untuk memastikan semua kelulusan perolehan dipercepatkan walaupun ketika akhir tahun.

“Ini yang saya dengar hasil maklum balas daripada perbincangan santai dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan beberapa badan penguatkuasaan yang lain (berhubung kelulusan perolehan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini